LAHORE - Sekurang-kurangnya 13 terbunuh selepas minum ubat batuk tercemar sekali gus memaksa pihak berkuasa menutup kilang farmasi dan perubatan di bandar itu serta-merta.

Ketua balai polis tempatan Atif Zulfiqar berkata, mangsa dilaporkan dari kawasan kejiranan berpendapatan rendah.

Seramai 13 orang kebanyakannya penagih dadah, meninggal dunia selepas mengambil ubat batuk jenis sirap, manakala 20 mangsa kritikal dipercayai mengambil ubat batuk tercemar dengan kandungan toksik,” katanya.

Menurutnya, tiga farmasi ditutup dan pemiliknya ditahan Sementara itu, penasihat kesihatan Punjab, Khawaja Salman Rafiq berkata, ubat batuk jenis sirap disita penjualannya dari semua farmasi.

“Sampel ubat batuk itu dihantar ke makmal untuk analisis,” katanya. - AP







* Tak sempat nak tulis jenama ubat batuk yg di sebut masa beruta semalam*.
* Harap sesangat yang ubat batuk tu tak le terselit selit sampai ke Malaysia ni


Ini sebagai peringatan kepada rakyat malaysia  yang ketagih nak minum ubat batuk walaupun tidak BATK!!!!!!.

Note: Aku pun batuk batuk jugak ni. Tak minum pun ubt batuk!
minum asam limau ngan kicap je..